THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, January 16, 2010

sekolah bestari dan kebaikan dalam sistem pembelajaran

Sekolah bestari dan pengaruh dalam sistem pembelajaran hari ini.

Sekolah bestari merupakan suatu program pembangunan pendidikan di bawah projek Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1996. Projek sekolah bestari ini diilhamkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada waktu itu iaitu Tan Sri Dato' Dr. Wan Zahid Wan Mohamed. Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia selain daripada sekolah Kluster yang mempunyai konsep yang hampir sama. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik sistemik dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat. Dalam sistem sekolah Bestari ini terdapat beberapa komponen utama iaitu pengajaran dan pembelajaran ( P& P), sistem pengurusan sekolah Bestari, polisi atau sesuatu peraturan, sumber manusia yang dipecahkan kepada dua bahagian iaitu kemahiran dan sikap. Komponen yang seterusnya pula dan yang paling dalam merealisasikan program ini ialah teknologi yang baru dan proses- proses yang tersusun dan bersistematik.
Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknologi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.



Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara.
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
Berdasarkan petikan teks falsafah di atas membuktikan bahawa falsafah pendidikan kebangsaan berhasrat untuk melahirkan produk atau insan yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu segala pendekatan dan strategi yang dijalankan oleh sistem sekolah Bestari ini bertepatan dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Sistem sekolah Bestari telah memberikan satu impak yang telah membawa kepada satu zaman pendidikan yang lebih terbuka dan berdaya saing. Namun apa yang kita dapat pada hari ini, sistem ini telah memberikan pelbagai kesan dan paradigma kepada sistem persekolahan. Kesan- kesan ini boleh kita pecahkan kepada dua bahagian iaitu kesan baik dan sebaliknya. Namun apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana sistem ini dapat seiring dengan falsafaha pendidikan kebangsaan yang sudah kita maklum ingin melahirkan insan yang cemerlang dari segala aspek yakni jasmani, emosi, rohani, dan intelek.
Sudah umum mengetahui bahawa terdapat dua kesan dalam pelaksanaan sistem ini terhadap pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Kebaikan pertama ia akan menarik minat pelajar untuk meneroka lebih lanjut pengetahuan sedia ada. Hal ini berbeza dengan sistem lama yang lebih berjurus kepada buku teks semata- mata. Dengan sistem ini pelajar dapat mencari sendiri maklumat- maklumat yang dapat menajamkan pemikiran mereka. Sebagai bukti sekolah bestari menggalakkan pengunaan ICT dalam pengajaran. Oleh hal demikian pelajar dapat meneroka lebih banyak maklumat menggunakan internet dan bahan- bahan bercetak yang lain .
Dalam menjelaskan perkara ini, Kementerian Pelajaran telah menyediakan prasarana dan kemudahan yang lengkap bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Sebagai contoh sekolah Seri Bintang Utara di Cheras telah dilengkapkan dengan 470 buah komputer yang boleh digunakan oleh warga sekolah bagi sesuatu masa. Hal ini memudahkan urusan pelajar untuk mencari maklumat tanpa perlu beratur panjang atau menunggu giliran untuk mencari maklumat terutama pada mereka yang sering menggunakan waktu rehat persekolahan untuk pergi ke pusat sumber atau meluaskan masa untuk berehat sambil mencari maklumat. Dengan ini proses pembelajaran dan pengajaran akan menjadi lebih menarik lagi kerana pelajar sudah bersiap sedia dan mempunyai pengetahuan sedia ada. Hal ini dapat memudahkan tugas guru dalam menyampaikan maklumat kepada proses pembelajaran dan pengajaran ( P& P) akan berpusatkan kepada pelajar dan guru berfungsi sebagai fasilitator.
Selain daripada menarik minat pelajar untuk meneroka pelbagai maklumat baru, kesan kebaikan lain dalam proses P& P dalam kelas ialah had tugasan yang terusun dan sistematik kepada tenaga pengajar dalam mencari pelbagai bahan dan untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana apabila pelajar sudah bersedia untuk memulakan pelajaran, motivasi guru semakin meningkat dan menjadikan P&P berjalan dengan lancar. Berbanding dengan sekolah harian biasa yang rata- rata pelajarnya belum bersedia untuk memulakan pelajaran dan agak liat untuk berusaha dalam mencari maklumat yang perlu diketahui sebelum memulakan pengajaran. Dengan ini guru mungkin hanya perlu menjalankan teknik koperatif bagi memudahkan pelajar sekolah Bestari untuk berbincang sesama mereka mengenai topik tersebut. Proses P& P akan menjadi lebih tersusun dan menarik.

Tugasan yang tersusun yang diberikan kepada para guru akan menjadikan guru mudah memfokuskan proses P&P. Hal ini adalah kerana tugas atau kerja yang melebihi bebanan seseorang guru akan memberikan kesan kepada had tugasan guru mereka. Sebagai contoh terdapat guru yang ditugaskan untuk menjadi kerani sementara di sekolah harian biasa atau menjaga kelas ganti yang menyebabkan masa guru untuk mencari bahan atau merancang P&P akan terganggu sekaligus guru sukar untuk mendapat motivasi dalam P&P dalam kelas nanti. Oleh itu pengurusan yangt tersusun amat dititikberatkan dalam menjamin kecukupan sumber tenaga pengajar bagi meringankan dan memudahkan tugas guru dalam proses P&P ini. Dengan ini pelajar juga akan mudah menerima masuk input- input daripada guru dengan berkesan. ” Mod ” guru juga akan sentiasa pada tahap terbaik semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini. Hal ini dapat menjamin kredit tambahan bagi menjadikan proses tersebut berjalan dengan baik.
Kelebihan yang seterusnya kepada sistem pembelajaran hari ini ialah semua murid berupaya belajar mengikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing. Setiap murid mempunyai kecedasan yang berbeza seperti yang dibuktikan oleh howard gardner ialah terdapat lapan jenis kecerdasan iaitu logik- matematik, vebal- lingusistik, kinestatik, ruang visual, interpersonal, intrapersonal, naturalis, eksistensialis. Hal ini memudahkan guru untuk mengenapasti keupayaan dan kebolehan setiap murid. Sebagai contoh sekiranya murid tersebut cenderung ke arah sukan atau yang melibatkan fizikal murid tersebut mempunyai kecerdasan kinestatik. Jadi hal ini tugas guru adalah untuk mencungkil bakat atau kemahiran yang sedia ada bagi menggilap bakat tersebut mengikut kemampuan dan kebolehan selain minat yang terdapat dalam murid tersebut.
Sistem pendidikan yang berpandukan tekonologi dapat menjadikan sistem pembelajaran hari ini semakin maju dan lebih menggalakan penguasaan dan kegunaan tekonologi. Hal ini dapat memberi satu impak baru bagi merevolusikan sistem pembelajaran yang sedia ada iaitu berpandukan papan tulis dan kapur atau buku tulis. Sebagai contoh penggunaan LCD dan komputer riba dapat mempercepatkan proses pembelajaran dan pengajaran dengan lebih sistematik. Dalam merungkaikan hal ini , berbalik kepada papan tulis, sekiranya sistem menulis di papan tulis masih ada, ia akan mengambil masa untuk menulis, memadam dan masa untuk pelajar menyalin nota atau bahan yang ditulis di papan hitam, namun sebaliknya jika penggunaan LCD dan komputer riba, pelajar boleh menaip terus bahan yang disampaikan oleh guru dan sekaligus memudahkan guru untuk menyediakan bahan tersebut tanpa risiko kehilangan atau keciciran maklumat. Tidak semua maklumat yang ditulis di papan hitam dapat dismapaikan kepada pelajar. Selain itu penggunaan komputer riba juga menarik perhatian pelajar dalam proses pembelajaran. Hal ini jelas membuktikan bahawa sistem sekolah bestari dapat mempengaruhi sistem pembelajaran sekolah dengan cemerlang dan fleksibel.
Selain itu jugat tahap penglibatan dan sokongan ibu bapa dan komuniti adalah tinggi. Hal ini dapat meningkatkan motivasi pelajar kerana pelajar mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Hal ini seterusnya mengurangkan beban guru untuk merancang program kecemerlangan kepada anak- anak mereka selain daripada menjadikan guru- guru ini menjadi lebih bertanggungjawab dan melaksanakan tugas dengan lebih baik. Contohnya, ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan program pembelajaran anak-anak mereka. Mereka juga akan membantu guru-guru yang memerlukan bantuan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta lawatan sambil belajar.
Guru akan mengadaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan mengambilkira keperluan dan kebolehan murid supaya selaras dengan pengalaman murid. Berbanding sekolah harian biasa, kaedah pengajaran guru biasanya hanya berpusatkan kepada guru sahaja. Perkara ini boleh menyempitkan kebebasan pelajar untuk memberikan idea atau pendapat masing- masing. Sudah sedia maklum bahawa pelajar- pelajar yang menghuni sekolah Bestari adalah sekompok pelajar yang mempunyai pandangan serta pengalaman yang mereka lalui sebelum ini. Sebagai contoh mereka sudah mengetahui bagaimana hendak mengendalikan sesuatu bahan atau alatan seperti komputer riba. Dalam menjelaskan hal ini kita sudah jangkakan bahawa semua pelajar tahu menggunakan komputer. Jadi tidak perlulah guru mengajar mereka bagaimana untuk menghidupkan dan mematikan komputer. Pelajar zaman sekarang adalah pelajar yang celik it dan sudah tau mencari maklumat dan input dengan menggunakan internet. Malah lagi hebat dari guru.

Thursday, August 27, 2009

ASAL USUL BAHASA MELAYU


Asal Usul Bahasa Melayu



Asal usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.

Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:

1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.

Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.

2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.

3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.

4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan ``Mlayu'' bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.





Asal Usul Bangsa Melayu

Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.

Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)

Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.

Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro

Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Massihi.

Keturunannya orang Melayu di Malaysia

Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.

Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.

Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.

Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.

Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.

Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.





Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).

Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.



Perkembangan Bahasa Melayu

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

Bahasa Melayu Kuno,
Bahasa Melayu Klasik dan
Bahasa Melayu Moden.


Bahasa Melayu Kuno

Merupakan keluarga bahasa Nusantara

Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.

Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.

Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:

Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat
Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:

Pengaruh agama Hindu
Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:

Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M)
Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M)
Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686 M)
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.

Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:

Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit
Susunan ayat bersifat Melayu
Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan)
bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)
Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)
Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)


Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.

Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan.

Terdapat tiga batu bersurat yang penting:

a. batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)

ditulis dalam huruf India
mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
b. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)

masih memakai abjad India
buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat
c. batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)

ditulis dalam tulisan Jawi
membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.



Bahasa Melayu Klasik

Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:

Zaman kerajaan Melaka
Zaman kerajaab Acheh
Zaman kerajaan Johor-Riau
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.

Ciri-ciri bahasa klasik:

ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
banyak ayat pasif
menggunakan bahasa istana
kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
ayat songsang
banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''


Bahasa Melayu Moden

Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

SUMBER: DIPETIK DAN DIUBAHSUAI DARIPADA http://www.tutor.com.my/stpm/asal_usul_bahasa/asal_usul_bahasa_melayu.htm

Monday, August 24, 2009

Ramadhan


"Dengan ini diishtiharkan bahawa tarikh bermulanya puasa adalah pada.....". Da lama aku tak dengar pengumuman tu dari halwa telinga aku sendiri..sejak aku menyambungkan pelajaran di luar negeri.( luar negeri kedah hehehe). Rindu betul aku nak balik kampung. Tapi apakan daya masa tak akan kembali( cam lagu p. ramlee hehehe)..tugas- tugas asmnt yg berlambak atas meja, katil, almari, dekstop banyak menjadi penghalang. 2 3 ari lepas mama aku kol, die kate bila nak balk puasa ni, kurang2nye kejap tengok tok aku yang sakit..nk balk memang nak balik, tapi dengar kata ada exam lak. asemnt bertingkat cam mangkuk tingkat.Ya Allah tolonglah berikan aku jalan penyelesaian..NAK ponteng kelas, tak sanggup lak, sebb raya nk ponteng lagi..Hmmm...k la aku nak cite pasal sinetron ni. aku nk citekan pasal ramadhan ni. aku bukan arif sangat bab2 puasa ni. tapi apa yag lebih penting aku harap puasa aku tahun ni lebih baik berbanding tahun- tahun sebelumnya.Tahun ni tahun kedua aku puasa bersamanya, terasa bahagia lak aku disampingnya.ok la aku pun tak nak mengarut bulan- bulan puasa ni, kurang pahala puasa. selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak kepada para pembaca

Thursday, August 13, 2009

LIGA MALAYSIA

Liga MalAYsia baru je abis sebulan lebih yang lepas. hmmm liga malaysia aku lihat sekarang entah ape2..yela mutu permainan semakin lama semakin merosot sejak ketiadaan pemain import. Aku pun tak faham la nape mutu permainan makin teruk, tapi kalau tengok bila friendly lawan Manchester, Nigeria, China leh tahan lak. tapi kalau liga sendiri, ahhh teruknya macam liga msssm( majlis sukan sekolah- sekolah Malaysia.hmm tapi aku sedar aku tak leh nak wat ape2 ckplah hnya sebagai pengulas di blog ini. Hmmm liga perdana EPL da stat, aku makin teruja lak ngan pasukan baru Burnley walaupun kelab kerdil tapi mereka tetap baru melawan, tak macam liga kita, hampeh, gn alasan kalau klah, pasukan mereka ada pemain import, player injured, pengadil wat silap, tak de kewangan. hmm alasan biasa. AKU bukan ape, aku hanya nak pasukan kelab dan negeri di malaysia setanding dengan liga EPL atau J-league kat jepun. barulah orang pandang tinggi kat liga ini. manalah tau lional messi sanggup berpindah ke KEDAH sebab liga ni hebat. hehehehe. K la setakat ni je bab bola. nanti kita diskus bab lain lain. Blog aku ni merangkumi semua bidang. hahahahaha

Wednesday, August 12, 2009

ULTRAMAN


swuaash....' ultraman da datang' begitula kenangan aku masa kecik2 aku dulu. fanatik sangat dengan bab2 ni. tu x kire lagi dengan bab kamen rider, power ranger, dan banyak lagi wira2 bertopeng baik dari Jepun atau Amerika. Dua- dua aku layan..hmmm nak kate faedah menonton cite ni x la banyak sangat sampai kita leh wat kerja lapangan atau tesis..tapi moral of the story dalam cite ultraman dan kawan-kawan die ni ialah banyak meletakkan nilai murni dalam kehidupan seharian. aku x galakkan kamu semua tengok sangat cite ni, tapi tengok nilai murni dia iaitu sayang menyangi antara makhluk dan sifat berani dalam menjaga keamanan dunia walaupun kita tidaklah begitu kuat, kadang- kadang mesej yng ingin disampaikan dalam cite tu kita faham dan mengerti. eh lupa nak bgtau korang semua. aku minat ultraman Leo. sesuai ngan aku hehehe. hmm.. king of ultra pun aku minat gak. father of ultra pun aku layan. ultraman palg terkini ialah ultraman seven21. gempak gak. ada 13 episod tak salah aku..ultraman ni bayangan ultraman seven. cuma hero die muda sikit.ni kadang- kadang aku pelik nape ultraman bila die bunuh , nape die x kebumikan raksasa lebih2 raksasa sepit udang 2. penjarakan jela raksasa 2. kan senang.. da banyak ultraman yang klah ngan die. x kan sampai aku nk jadi ultraman baru nak buat kot( hehehe)..so korang semua terutama adik- adik jalan jela ULTRAMAN....

kemiskinan.....



Hmmmm.....yaaaaa....ape yang aku nk huraikan dalam blog aku pun, aku tak tahu..Hmmm, mungkin untuk edisi pertama ini aku nak ceritakan sedikit kisah- kisah yang menarik perhatian aku semasa aku hidup di muka bumi yang tidak kekal selamanya ini. Hari- hari semakin meningkat, sedar tidak sedar aku dah pun masuk tahun ke 3 belajar( dah jadi senior,,hehehehe). Tapi apa yang tidak boleh aku lupakan ialah kenangan aku semasa aku belajar disini. Di mana aku belajar??. tidak perlulah dikecoh- kecohkan. Tetapi bukanlah di Harvard atau Oxford atau AL- Azhar( teringin juga nk belajar kat sana). Ok lah tak nak buang masa lagi da. Aku cita kehidupan aku masa aku join program-program kat U ni...Aaaaa memang best. aku rasa bebas dan happy. mungkin ada yang berpendapat aku ni cuba menunjuk yang aku ni aktif. tapi tidak sebenarnya.. aku cuba untuk mendekatkan diri dengan masyarakat. aku memang minat dalam kehidupan bermasyarakat. masa aku isi on- line ada jugak aku isi sains masyarakat dan kait- kaitan dengan masyarakat. sebab cita2 aku masa tu nak jadi pegawai daerah yang membantu masyarakat...tau kenapa aku minat bab camni..sebabnya aku lihat terdapat golongan yang susah dan kadang2 aku rasa nak menangis bila lihat golongan fakir..aku ingat lagi masa aku g dekat Bagan Tiang, Perak, aku berkesempatan melihat penduduk yang amat daif yang hanya tinggal dalam rumah yang layak dipanggil pondok. apa tidaknya rumah dikelilingi bakau dan beruk2 yang selalu menjadi tetamu harian..aku sembang dengan seorang penduduk( aku da lupa nama die) bayangkan anak- anak die kena g sekolah waktu pagi pukul subuh2 buta...dala nak kuar umah pun takut.. gelap dan gulita...hmmm...sian aku tengok. anak die 6 0rang da yang masih kecil. suami pembantu nelayan.. anak sulungnya aduhhhhhh......malas belajar. mungkin faktor persekitaran mereka yang menjadikan mereka tidak ada semangat untuk bebaskan diri dari penjara kemiskinan ini..bila aku renung kembali aku patut syukur kepada ILAHI.. kerana kehidupanku. masih ada yang lebih susah. kadang 2 aku menangis bila fikir kalau keluarga aku begitu. sudah tentu aku seperti anaknya.. ramai yang mungkin boleh memberi nasihat kepada keluarga tersebut.. tetapi adakah mereka merasai kehidupan itu..bila ditanya berapa kali makan. mak cik itu menjawab. sekali sehari..aduhhh...macam telenovela pulak kemiskinan ini.. tapi itu la realiti kehidupan ini..Hmmm syukur aku kepadaNya kerana diberi kehidupan aku sekarang.. tidaklah mewah, tetapi setakat apa yang termampu dalam mengharungi dunia yang penuh hipokrit..